Tahanan Lolos | 88 tahanan masih bebas, polis giat usaha pencarian

2022-04-22 0

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dengan kerjasama IPK Pulau Pinang dan IPK Perak giat melakukan usaha pencarian 88 lagi tahanan yang masih bebas selepas mereka lolos dari depot imigresen sementara Relau, Rabu lalu.

Bantuan yang diterima terdiri daripada pasukan unit udara, 'pasukan cantas', unit anjing pengesan (K9), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi lain.

Operasi pencarian itu turut membabitkan pelaksanaan sekatan jalanraya di beberapa kawasan seperti di Kulim, Bandar Baharu serta Seberang Perai Selatan.